Menyingkap Fenomena Pertembungan Kebenaran dan Kebatilan

Menyingkap Fenomena Pertembungan Kebenaran dan Kebatilan
Menyingkap Fenomena Pertembungan Kebenaran dan Kebatilan

Tuesday, March 25, 2014

529 penyokong Morsi dihukum mati


Mahkamah di Mesir menjatuhkan hukuman mati kepada 529 penyokong bekas presiden Islamis Mohammed Morsi.

Mereka dikatakan bersalah atas tuduhan termasuk menyerang dan membunuh seorang anggota polis, walhal ribuan penyokong Mursi dibunuh oleh tentera di atas arahan Asissi yang zalim henya kerana mereka bekumpul secara aman kerana menyatakan sokongan terhadap Presiden Mursi yang mulia dan menentang kezaliman rampasan kuasa terhadap presiden Mursi yang sah.

Kumpulan itu, anggota Ikhwanul Muslimin yang diharamkan, sebahagian daripada perbicaraan lebih besar melibatkan lebih 1,200 penyokong Morsi.

Pihak berkuasa Mesir mengambil tindakan keras kepada kumpulan Islamis sejak Morsi digulingkan pada Julai tahun lalu. Ribuan ditahan dan ratusan terbunuh.

Memetik Associated Press, BBC melaporkan, mahkamah di Minya, di Selatan ibu kota Kaherah, mengeluarkan keputusan itu selepas dua sesi – yang mana peguam defendan mengadu tiada peluang untuk membentangkan kes mereka.


KONSPIRASI MENGHAPUSKAN IKHWAN MUSLIMIN, BERJAYAKAH ?


Usaha untuk menghancurkan Gerakan Islam Ikhwanul Muslimin hari ini di Mesir sangat jelas. Mahkamah di Mesir hari ini menjatuhkan hukuman mati kepada 529 penyokong bekas presiden Islamis Mohammed Morsi. Mereka didapati bersalah atas tuduhan kononnya menyerang dan membunuh anggota polis mengikut laporon BBC.



Terdapat 1,200 lagi yang menunggu hukuman. Hampir semuanya adalah ahli Gerakan Ikhwanul Muslimin.


Ikhwanul Muslimin adalah sebuah gerakan Islam terbesar di zaman modern ini. Seruannya untuk kembali kepada Islam sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah serta mengajak kepada penerapan syari’at Islam dalam kehidupan mendapat tentang hebat daripada golongan Islam yang berfahaman sekular. Kemampuan Ikhwanul Muslimin membendung arus sekularisasi di dunia Arab dan Islam sangat ditakuti oleh golongan Islam yang bertopengkan US dan jahiliyyah moden.
Pemahaman Ikhwan terhadap Islam bersifat universal, tidak mengenal adanya pemisahan antara satu aspek kehidupan dengan aspek lainnya terutama politik. 

Syaikh Hasan al-Banna pengasas Ikhwanul Muslimin telah mengatakan, “Gerakan Ikhwan adalah dakwah salafiyah, thariqah sunniyah, haqiqah shufiyyah, lembaga politik, klub olah raga, lembaga ilmiah dan kebudayaan, perserikatan ekonomi dan pemikiran sosial.”

Dalam Risalah Ta’alim, Hasan al-Banna berkata, “Rukun Bai’at kita ada sepuluh. Karena itu hafallah baik-baik. Yaitu: Faham, Ikhlas, Amal, Jihad, Berkorban, Tetap pada pendirian, Tulus, Ukhuwah dan percaya diri.” Kemudian beliau berkata, “Wahai saudaraku yang sejati! Ini merupakan garis besar dakwah Anda. Anda dapat menyimpulkan prinsip-prinsip tersebut menjadi lima kata, yaitu : sederhana, membaca Al-Qur’an, shalat, sikap kesatria dan akhlaq.”

Sayyid Quthb, dalam bukunya Khashaish al-Tashawwur al-Islami wa Muqawwimatuhu, memberikan gambaran tentang pemahamannya dan pemahaman Ikhwan. Lambang Ikhwan adalah dua bilah pedang menyilang melingkari Al-Qur’an, ayat Al-Qur’an dan tiga kata: haq (kebenaran), quwwah (kekuatan) dan hurriyyah (kemerdekaan).

Gerakan Ikhwan dimulai di Isma’iliyyah kemudian beralih ke Kairo dan dari Kairo tersebar ke berbagai pelusok dan kota di Mesir. Akhir tahun 40-an, cabang Ikhwan di Mesir sudah mencapai 3000 dan tiap cabang memiliki anggota yang cukup banyak. 

Ikhwan meluas ke negara-negara Arab. Ia berdiri kukuh di Suriah, Palestina, Yordania, libanon, Iraq, Yaman, termasuk Malaysia dan lain-lain. 

Kini  anggota dan "fikrahnya" tersebar di berbagai penjuru dunia dan menjadikan Ikhwan satu-satunya gerakan Islam terbesar di dunia yang mampu menyatukan segala perjuangan dan umat Islam. 

Perkara sangat ditakuti oleh musuh Islam sekiranya Ikhwanul Muslimin mempunyai tampok pemeritahan seperti Mesir. Pasal itu gerakan menghancurkan Islam yang juga didalami oleh orang Islam sendiri dan dunia Arab suatu yang sangat mengaibkan.

Mereka, nama sahaja Islam tetapi 'paie perangai' adalah musuh Islam tidak saling tumpah macam Yahudi dan Nasrani.

Malaysia pun akan mengalami nasib yang sama jika sekiranya Islam menguasai tampuk pemerintahan. Sejarah pengkhianatan tidak akan padam kerana itu adalah sunatullah.  http://tempayanretak.blogspot.com/2014/03/ikhwanul-muslimin-cuba-dihapuskan-di.html


**********************************************




Kenyataan Media

Pertubuhan IKRAM Malaysia


Rabu 25 Mac 2014

529 Dihukum Mati: Kezaliman Rejim Kudeta Yang Amat Nyata
Pertubuhan IKRAM Malaysia mengecam sekeras-kerasnya hukuman mati yang dijatuhkan oleh sebuah mahkamah di Minya ke atas 529 orang aktivis penentang kerajaan kudeta Mesir.

Hakikat hukuman dijatuhkan setelah hanya dua sesi dan tanpa peluang pembelaan bagi semua tertuduh menjadikannya bercanggah dengan prosedur penghakiman dan prinsip keadilan.

IKRAM menyeru kerajaan Malaysia untuk menggunakan pengaruhnya mendesak rejim tentera Mesir supaya menimbangkan semula kes pendakwaan dan hukuman yang telah dijatuhkan.

IKRAM juga menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengecam sekeras-kerasnya ketidakadilan yang berlaku, menimbangkan semula sebarang hubungan dengan rejim tentera Mesir, dan mengambil langkah tegas untuk mengembalikan hak demokrasi rakyat Mesir.

Dr. Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia





Rujukan Berkaitan:

United Nations says penalties for 529 Muslim Brotherhood members contravene international law: 


DEMO DI K.L.











No comments:

Post a Comment